tenggelam timbul

Dah lama sangat blog ni a.k.u. tinggalkan. Macam orang tanam pokok bunga jugak. Tapi agaknye kalau blog ni macam pokok bunga, dah selamattt.. Menulis blog ni sekadar mengisi masa lapang. Ikut mood sebenarrnya. Kadang2 kalau ada masa pun, mood takde tak gune jugak. Setelah sekian lama la tinggalkan blog ni, baru sekarang ada rasa nak menjengah. Malam ni baru betul2 ada perasaan nak menulis sesuatu.

Pagi tadi lepas solat Subuh, tak terasa nak lelapkan mata pun. Jadi, a.k.u. ambik keputusan untuk surf internet. Tiba2 hati ni macam terusik (wahh..terusik gitu! ecehhh..). a.k.u. bukak 1 blog ni & terbaca a few entries yang sweet & buatkan a.k.u. nak terus membaca. Blog tu adalah blog kakak kawan a.k.u. Bila baca 1 post ni, terasa seronok jugak ada adik..tak kira la adik lelaki atau perempuan. Janji namanya ‘A.D.I.K = ADIK’.. Kakak tu cerita pasal kerenah dan kerinduan die pada adik2. Terserlah sungguh jiwa kekakakkan die pada adik2nya.

Tapi a.k.u. ada ramai adik sedara yang rapat. Jadi, merasa la jadi kakak pada mereka2 ni. Bila cerita pasal adik2, teringat pula Hari Raya. Dah tak lama lagi dah. Malam ni dah masuk 26 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu…pejam celik dah nak raya. Lepas raya ada pulak event besar kat rumah nanti. Nak tau?? Hujung tahun ni, abang yang sulung nak melangkah ke alam perkahwinan. Hmm… masa kecik2, selalu cakap kat kawan2. ‘Bile la kite nak besar erk? Boley keje, mase tu ade banyak duit..’ Tapi hakikatnya bila Abg Nol nak kawin tak lama lagi, rasa macam tak percaya pulak. Walau pun Abg Nol & a.k.u. beza umur hampir 11 tahun tapi rasa ‘Eh…Abg Nol dah nak kawin ke? a.k.u. pun dah makin tua la ni kn?? Ha3.’

Cakap pasal perkahwinan, ada banyak lagi perkara yang belum settle utk wedding Abg Nol. Kena bukak 1 file special utk die. Ish3…bunyi macam hebat gile je. Tapi memang banyak pun yang nak dibuat.

Tak kesah laa..apa yang penting sekarang, kena fikirkan pasal nak kemas rumah dan buat apa2 yang patot utk Hari Raya yang tinggal berapa hari je lagi ni.

Kepada sape2 yang baca blog ni (kalau ada laa..), a.k.u. nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


p/s : Teringat celoteh bersama Qatrun “Maaf Zahir & Qatrun”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: