1,2,3..Go!

Kehampaan itu datang dan a.k.u. merelakan kesedihan menguasai diri. a.k.u. bermuram dan hati ini walang. Saat inilah a.k.u. mengenal siapa teman, siapa kawan, dan siapa lawan. Tidak pernah a.k.u. menduga kehidupan yang kian menginjak ke alam dewasa ini semakin penuh ujian. Ya..a.k.u. tahu ujian itu ada di mana-mana. Cuma kali ini a.k.u. diuji dengan sesuatu yang lebih besar dan berat. ALLAH menguji makhlukNya dengan ujian yang Dia tahu kita mampu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui. Kali ini a.k.u. benar-benar kalah dengan perasaan a.k.u. sendiri. Di manakah salah a.k.u.?

Bila mana Dia menguji dan melemparkan dugaan kepada kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah bersangka baik dengan setiap pemberianNya. Pasti tersembunyi suatu hikmah yang kita perlu cari sendiri. Jangan hanya memandang dengan mata kasar. Pandanglah juga dengan mata hati. Muhasabah diri dan cari kelemahan kita. Setiap kali ALLAH menduga pasti ada sebab musababnya. Dia ingin kita sedar diri dan membetulkan apa yang salah. Memberi kita peluang untuk memperbaiki diri. Sungguh… ALLLAH itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani.

a.k.u. pasrah dengan ujianMu Ya ALLAH..

Sehingga ke saat ini, bila a.k.u. menyebut namaMu, ia terus menusuk ke kalbu. Tidak seperti kebiasaannya. Semoga apa yang terjadi kepada diriku ini membawa rahmat yang berkekalan. Kita sebagai manusia kadang-kadang alpa dengan kelalaian kita. Selagi jantung ini masih berdegup, selagi ada darah yang mengalir, selagi masih bernafas..ingatlah! Hidup ini suatu percaturan. Jangan lekas mengalah dengan kehidupan. Sekiranya semalam kita jatuh, hari ini kita perlu bangkit. Bangkit dari kejatuhan yang menyedarkan. Jadikan ia kekuatan untuk kita membina hari-hari seterusnya.

Memang sejak kebelakangan ini a.k.u. tidak senang hati, tidak senang duduk. Fikiran runsing. Diri kurang terurus. Banyak perkara yang difikirkan. Semuanya untuk hidup, untuk terus meredah hidup sebagai pelajar di bumi UM ini. Moga denganĀ  sedikit kekuatan yang a.k.u. miliki ini a.k.u. mampu berdiri di atas kaki a.k.u. sendiri.

Ya ALLAH…Tabahkanlah hatiku. Kuatkanlah semangatku. Kau lapangkanlah fikiran dan hatiku. Rahmatilah hambaMu ini. Kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada ku.


Note : Bertabahlah… Semangat!!!

Advertisements