zapin-inang-joget

Ketiga-tiga di atas adalah antara jenis2 tarian yang diwarisi oleh kebudayaan Melayu sehingga kini.  Jika ditanya pada generasi-generasi muda sekarang, tidak ramai yang cenderung ke arah seni Melayu. Chop3!!! Nanti…saye tak cakap semua orang macam tu. Masih ade kelompok-kelompok remaja yang sangat2  suke dengan tarian dan kesenian Melayu. Salah seorangnye saye laa..pertengahan semester lepas ade pemilihan untuk Festival Seni (FESENI) Universiti Malaya. Pada awalnye, saye daftarkan nama untuk tarian. Tapi akhirnya saye ambil keputusan untuk tari diri since saye terfikirkan beberapa kemungkinan yg memungkinkan saye tak boleh meng-involve-kan diri dalam aktiviti tu.

Tadi saye duduk di lobi menunggu roomate untuk makan malam. Sepanjang penantian saye itu, sempatla saye saksikan kumpulan zapin KKTAZ berlatih. Sebelum ni saye tak dapat tengok keseluruhan gerak tari mereka. Tapi malam ni saye sangat berkesempatan. Saye tak la hebat atau profesional dalam bidang ni. Berbekalkan pengalaman dan ilmu tarian yg saye kumpul selama 5 tahun di sekolah, banyak yg saye dah pelajari. Kalau ade yg tanye2 dan mintak pendapat atau ajarkan tu..insyaAllah saye dapat bantu.

Berbalik pada latihan tarian tadi tu, bila saye tengok mereka bergerak, tubuh badan saye juge mahu bergerak seperti mereka. Sungguh saye mencintai tarian zapin, inang dan joget. Saye bukan tidak berpeluang tapi saye ade sebab musabab yg menghalang saye dari meneruskan niat saye yg satu itu. Sedih memang sedih. Walaupun sebenarnya benda ni takde la sebesar mana sangat pun tapi kekesalan dan kekecewaan itu ada. Saya mahu jadi sebahagian dari mereka. Saya sebenarnye dah hampir2 sangat dah dengan zapin itu tapi saye tak boleh. Saye terpakse juge lepaskan.

Macam mane ye harus saye beritahu.? Hmm…tadi mase mereka berlatih aku dapat kesan beberapa orang yg melakukan kesilapan dalam gerak tari mereka. Seharusnye gerakan itu tidak boleh salah memandangkan itu adalah gerakan yg paling asas dalam tarian zapin. Kalau korang ke kelas tarian atau belajar dari mana sekalipun itu adalah perkara pertama yg akan di ajar terlebih dahulu. Maksud saye perkara seperti itu tak harus berlaku.

Tak mengapelah. Kelak akan ade peluang lagi untuk saye walaupun saye sendiri tak pasti. Semuanye sangat bermakna untuk saye. Tapi tak mengapalah. Setiap sesuatu itu pasti ade hikmah di sebaliknye. Ceria2 selalu. Itu lebih penting.

Advertisements

bila saya outing??

hmm..banyak nak cerita kalau topic ni yg jadi pilihan. bila saya outing?? rasenye remaje2 sekarang ni banyak habiskan mase dekat shopping complex. saye pun macam tu jugak. rasenye macam semua orang same je..huhu. tapi ye la kan..laen orang laen citarase. macam saye lebih suke ke shopping complex kalau nak beli barang2 macam baju, seluar, bags, etc. tapi takde la sampai kalau nak beli barang2 macam tu mesti ke shopping complex jugak. boleh je kalau ke tempat2 macam uptown, petaling street, jalan TAR dan sewaktu dengannya. saye takde memilih sangat pun. janji selesa dan affordable utk saye. buat ape pegi tempat mahal2 and yet takde duit. tak ke buang mase namenye? buang tenage satu hal..

My top 5 t-shirts from :

  1. Nichii
  2. t’z factory
  3. Dorothy Perkins

My top 3 jeans :

  1. Disney
  2. Giordano
  3. t’z factory

My top3 shoes:

  1. Caper
  2. Vamp
  3. FILA

My top 3 bags :

  1. Converse
  2. Converse jugak
  3. aguis

My top 3 perfumes :

  1. The Body Shop
  2. Ralph Lauren
  3. Women of Earth

sejak dah nak dewase siket ni makin besar pulak selera shopping saye. next outing saye nak shopping ape ye? huhu..kasut kot. saye teringin nak kasut dari VINCCI (ade sape2 nak belanje? kui3…) . saye nak jam tangan jugak. hari tu saye dah jumpe jam swatch tapi saye tak suke designnye. cume warne yang menepati citarase saye. bile saye berkenan pada jam laen pulak, warnenye tak kena dengan selera saye. jadi bile nak dapat jam idaman ni? saye sangat suke jam by FOSSIL. other than that, i’m craving for a new bag from fossil also. hari tu dah jumpe dekat ipoh parade tapi mase tu takde duit. hahaha..jadi boleh tengok saje.

at least one for my collection
i want you so bad

ade dulu seorang kawan saye cakap saye fussy. mase tu nak pilih baju for dinner. hahaha..last2 i choose something yg very earth color but yet suits me. and that baju is my mom’s. it is still in a very3 good condition. rindu nak pakai baju tu lagi tapi tak tau la bile. this coming april i’m going to have an annual college dinner. bulan 1 belom habis dah berangan baju ape nak pakai. anda sangat poyo aqilah! tapi bukan la obsess sangat pun. setakat terlintas je pastu dah tak fikir lagi. cume i thought of wearing something green. will figure it out later.

inila saye. takde la tau sangat pasal fashion2 ni. cume ape yg suits my taste n me myself comfortable with. setakat pakai t-shirt + cardigan, jeans and sneakers, that would be just enough. i love simple things. so, let’s be simple. facial wash i pun SIMPLE tau.

it’s S.I.M.P.L.E =)

i guess my next outing will be Mid Valley je kot. next2 outing nak try Sunway Pyramid or One Utama.

“awak……awak boleh teman saye kan?”

mesti boleh. sebab awak tak suke saye keluar sorang2. awak mesti nak ikot mane saye keluar.

sayang awak!

Lose it all.

Manusia. Human. Homo sapien.

3 perkataan di atas membawa maksud yg sama. Makhluk yg sama. Fizikal yg sama. Cuma jiwa dan hati mereka berbeza. Hati. Bila berbicara tentang hati. Tiada siapa yg dapat lari dari kenyataan hidup. Hati manusia = variasi!! Sungguh..bukan mudah untuk mengerti. Hati yg suci memang sukar di cari ganti. Kata orang.. “Hati yg suci akan memandu kita ke syurga”. Tapi hati a.k.u.??

Sudah acap kali hati a.k.u. dilewati namun dikasari. Luka ini pasti sembuh ditelan hari namun parutnya tak kan hilang. Sakit itu berbekas sampai bila-bila. a.k.u. telah memberi maaf kepada mereka. Pemilik ‘cincin berbatu tiga’ sering mengingatkan a.k.u. bahawa mereka yang mengasari hati a.k.u. pasti akan mempelajari sesuatu satu hari nanti. Kata dia lagi..kenapa mesti percaya pada mereka yg baru dikenali? Kenapa kejar mereka yg jauh dari pandangan mata? Katanya a.k.u. buta menilai kaca dan permata. Teman sejati itu telah a.k.u. punya tapi a.k.u. tidak menoleh kepada dia.

Ya. Sekarang a.k.u. telah lahir kembali. Dia memimpin a.k.u. melupakan yg lalu. Hati ini tak kan beku. Cuma dibius supaya tahan sakit dan tak cepat perit. Syukur.. Pemilik ‘cincin berbatu tiga’ terus setia sebagai teman. Dia telah lalui pelbagai episod yg pastinya tidak terbayang oleh kalian. Cuma a.k.u., dia, dan Yang Maha Mengetahui saja yg tahu. Maaf. Kadang-kadang terasa seperti maaf ini tiada nilai di pendengaran pemilik ‘cincin bermata tiga’. Mengapa dia setia bersama a.k.u.? Tidakkah dia jemu?

Katanya..ia soal hati! Hati yg memandu dia ke arah ini. Ke arah a.k.u. Apa lagi bicara yg ada? Sungguh..ianya masih berbaki. Jika dia membaca pasti dia mengerti bait-bait ini. Sungguh a.k.u. bersyukur kehadrat Yang Maha Esa kerana mengutus dia kepada a.k.u. Saat a.k.u. meratapi kekalahan itu a.k.u. ingin selalu dia ada. Memang benar a.k.u. hampir jadi resah. Dia jauh tapi dekat di hati. Dugaan ini rumit tapi harus a.k.u. jalani.


If my heart should shatter watching you. That’d be one less thing Id have to prove.

Don’t change a thing. Perfect as you are.


Kini. Hati ini hati dia. Hati dia hati ini. Bukan mimpi. Jangan dikaburi air jernih lagi. Kerana dia ada bersama a.k.u. untuk menjalani hari depan. Pasti ada jalan. Umpama “The Road Not Taken”. Persimpangan yg menentukan arah hidup. Benar. Hidup ini penuh ranjau. Kita yg perlu belajar menerima dan memahami ranjau itu. Seperti pemilik ‘cincin berbatu tiga’ mengajarkan a.k.u. untuk memahami ranjau itu. a.k.u. telah lepas dari cengkaman perit itu. Dia hadir saat a.k.u. perlu. Terima kasih daun keladi.

Dia mengerti a.k.u. Kadang-kadang lebih dari diri sendiri. a.k.u. jatuh, jatuh tersungkur. Sungguh a.k.u. malu pada dia. Pada pemilik ‘cincin berbatu tiga’ itu. Biar apa dia tetap setia. Sukar a.k.u. percaya. Tapi dia yang hulurkan tangan dan bantu a.k.u. bangkit dari kesakitan itu. a.k.u. di sini. Dia di sana.

Namun, kami tetap S.A.T.U!