1,2,3..Go!

Kehampaan itu datang dan a.k.u. merelakan kesedihan menguasai diri. a.k.u. bermuram dan hati ini walang. Saat inilah a.k.u. mengenal siapa teman, siapa kawan, dan siapa lawan. Tidak pernah a.k.u. menduga kehidupan yang kian menginjak ke alam dewasa ini semakin penuh ujian. Ya..a.k.u. tahu ujian itu ada di mana-mana. Cuma kali ini a.k.u. diuji dengan sesuatu yang lebih besar dan berat. ALLAH menguji makhlukNya dengan ujian yang Dia tahu kita mampu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui. Kali ini a.k.u. benar-benar kalah dengan perasaan a.k.u. sendiri. Di manakah salah a.k.u.?

Bila mana Dia menguji dan melemparkan dugaan kepada kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah bersangka baik dengan setiap pemberianNya. Pasti tersembunyi suatu hikmah yang kita perlu cari sendiri. Jangan hanya memandang dengan mata kasar. Pandanglah juga dengan mata hati. Muhasabah diri dan cari kelemahan kita. Setiap kali ALLAH menduga pasti ada sebab musababnya. Dia ingin kita sedar diri dan membetulkan apa yang salah. Memberi kita peluang untuk memperbaiki diri. Sungguh… ALLLAH itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani.

a.k.u. pasrah dengan ujianMu Ya ALLAH..

Sehingga ke saat ini, bila a.k.u. menyebut namaMu, ia terus menusuk ke kalbu. Tidak seperti kebiasaannya. Semoga apa yang terjadi kepada diriku ini membawa rahmat yang berkekalan. Kita sebagai manusia kadang-kadang alpa dengan kelalaian kita. Selagi jantung ini masih berdegup, selagi ada darah yang mengalir, selagi masih bernafas..ingatlah! Hidup ini suatu percaturan. Jangan lekas mengalah dengan kehidupan. Sekiranya semalam kita jatuh, hari ini kita perlu bangkit. Bangkit dari kejatuhan yang menyedarkan. Jadikan ia kekuatan untuk kita membina hari-hari seterusnya.

Memang sejak kebelakangan ini a.k.u. tidak senang hati, tidak senang duduk. Fikiran runsing. Diri kurang terurus. Banyak perkara yang difikirkan. Semuanya untuk hidup, untuk terus meredah hidup sebagai pelajar di bumi UM ini. Moga dengan  sedikit kekuatan yang a.k.u. miliki ini a.k.u. mampu berdiri di atas kaki a.k.u. sendiri.

Ya ALLAH…Tabahkanlah hatiku. Kuatkanlah semangatku. Kau lapangkanlah fikiran dan hatiku. Rahmatilah hambaMu ini. Kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada ku.


Note : Bertabahlah… Semangat!!!

Lose it all.

Manusia. Human. Homo sapien.

3 perkataan di atas membawa maksud yg sama. Makhluk yg sama. Fizikal yg sama. Cuma jiwa dan hati mereka berbeza. Hati. Bila berbicara tentang hati. Tiada siapa yg dapat lari dari kenyataan hidup. Hati manusia = variasi!! Sungguh..bukan mudah untuk mengerti. Hati yg suci memang sukar di cari ganti. Kata orang.. “Hati yg suci akan memandu kita ke syurga”. Tapi hati a.k.u.??

Sudah acap kali hati a.k.u. dilewati namun dikasari. Luka ini pasti sembuh ditelan hari namun parutnya tak kan hilang. Sakit itu berbekas sampai bila-bila. a.k.u. telah memberi maaf kepada mereka. Pemilik ‘cincin berbatu tiga’ sering mengingatkan a.k.u. bahawa mereka yang mengasari hati a.k.u. pasti akan mempelajari sesuatu satu hari nanti. Kata dia lagi..kenapa mesti percaya pada mereka yg baru dikenali? Kenapa kejar mereka yg jauh dari pandangan mata? Katanya a.k.u. buta menilai kaca dan permata. Teman sejati itu telah a.k.u. punya tapi a.k.u. tidak menoleh kepada dia.

Ya. Sekarang a.k.u. telah lahir kembali. Dia memimpin a.k.u. melupakan yg lalu. Hati ini tak kan beku. Cuma dibius supaya tahan sakit dan tak cepat perit. Syukur.. Pemilik ‘cincin berbatu tiga’ terus setia sebagai teman. Dia telah lalui pelbagai episod yg pastinya tidak terbayang oleh kalian. Cuma a.k.u., dia, dan Yang Maha Mengetahui saja yg tahu. Maaf. Kadang-kadang terasa seperti maaf ini tiada nilai di pendengaran pemilik ‘cincin bermata tiga’. Mengapa dia setia bersama a.k.u.? Tidakkah dia jemu?

Katanya..ia soal hati! Hati yg memandu dia ke arah ini. Ke arah a.k.u. Apa lagi bicara yg ada? Sungguh..ianya masih berbaki. Jika dia membaca pasti dia mengerti bait-bait ini. Sungguh a.k.u. bersyukur kehadrat Yang Maha Esa kerana mengutus dia kepada a.k.u. Saat a.k.u. meratapi kekalahan itu a.k.u. ingin selalu dia ada. Memang benar a.k.u. hampir jadi resah. Dia jauh tapi dekat di hati. Dugaan ini rumit tapi harus a.k.u. jalani.


If my heart should shatter watching you. That’d be one less thing Id have to prove.

Don’t change a thing. Perfect as you are.


Kini. Hati ini hati dia. Hati dia hati ini. Bukan mimpi. Jangan dikaburi air jernih lagi. Kerana dia ada bersama a.k.u. untuk menjalani hari depan. Pasti ada jalan. Umpama “The Road Not Taken”. Persimpangan yg menentukan arah hidup. Benar. Hidup ini penuh ranjau. Kita yg perlu belajar menerima dan memahami ranjau itu. Seperti pemilik ‘cincin berbatu tiga’ mengajarkan a.k.u. untuk memahami ranjau itu. a.k.u. telah lepas dari cengkaman perit itu. Dia hadir saat a.k.u. perlu. Terima kasih daun keladi.

Dia mengerti a.k.u. Kadang-kadang lebih dari diri sendiri. a.k.u. jatuh, jatuh tersungkur. Sungguh a.k.u. malu pada dia. Pada pemilik ‘cincin berbatu tiga’ itu. Biar apa dia tetap setia. Sukar a.k.u. percaya. Tapi dia yang hulurkan tangan dan bantu a.k.u. bangkit dari kesakitan itu. a.k.u. di sini. Dia di sana.

Namun, kami tetap S.A.T.U!





adakah kucing bermimpi?

a.k.u antara kalangan yang menggemari kucing. Dari a.k.u kecil lagi a.k.u sudah biasa dengan haiwan ini. Seperti manusia, kucing juga punya rasa. Kucing juga kenal erti sedih, sakit, lapar, marah, dan sebagainya. Jadi sayangilah kucing anda!

cute-cat-sleeping

dreaming

Adakah kucing bermimpi?

a.k.u percaya haiwan juga bermimpi. Cuba ambil beberapa minit dan perhatikan kucing anda yang sedang lena. Adakala matanya tampak kerutan, adakala tapak kakinya bergerak-gerak seakan sedang mengejar sesuatu. Nightmare agaknya..hahaha!


“Those little movements are all clues to what is going on inside that cute furry head. That twitching tail could mean ‘stalking prey’, ‘poised to pounce’ or ‘seen something interesting’. When followed by a paw-twitch, a whisker twitch and a raised lip, the dream prey has been dispatched. Sometimes Aphrodite even licks her lips afterwards, other times she seems to be playing with her catch. Teeth chattering and tail lashing probably means the dream prey got away.”

Sarah Hartwell, 1993


Ciptaan Tuhan ini berbagai. Ada sesetengahnya punya ciri yang lebih kurang sama. Maka, kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa berbuat baik kepada segala hidupan.

a.k.u ada 10 ekor kucing. Tiap-tiap 1 ada nama; 7 kucing kampung dan 3 kucing persia. Yang 7 itu TamTam, Tompok dan Rain (baru dpt baby 4 ekor..blm ada nama). Yang 3 itu Kecik, Oreo dan Choki. Tapi masing-masing di tempat lain. Yang 7 itu di rumah a.k.u dan 3  itu di Petaling Jaya (rumah Andak a.k.u).

cat_treefort-lg

cat and house

Di rumah a.k.u, ada Abg Cik yang tengok-tengokkan mereka. Antara TamTam, Tompok dan Rain, Rain la yang paling manja dengan a.k.u. Yang 7 ini makan nasi putih yang digaul dengan ikan goreng. Yang 3 itu makan makanan mahal. Persian la katakan.. Jadi yang 3 itu makan Friskies.

Kata Abg Cik. “TamTam tu pak guard di rumah. Kucing-kucing jantan habis dikejarnya. Ada antara ‘jejaka-jejaka’ yang nak mengorat adik-adiknya yang lagi 2 itu memang semua dihalaunya.” Itulah ciri-ciri abang yang protective. Macam-macam ragam ada. Kalau Abg Cik vacuum carpet, semua pun datang tolong..tolong tengok! Khusyuk tengok orang buat kerja. Sama juga kalau Abg Cik mesin rumput di laman. Sibuk beratur..kadang-kadang main intai-intai di sebalik pasu bunga Mama.

Tapi yang 3 itu tidak langsung macam yang 7. Penakut..terutama si Kecik. Bunyi orang pakai selipar pun cabut lagi. Habis dilanggar semua barang yang ada. Ish..ish..ish..tapi secara keseluruhannya 10 ekor itu baik-baik saja. Merekalah teman di kala sunyi. Penghibur hati.

43878072_9b440a24af cute_cats_4 cute-cat-captions-01

apa itu?

pinnumber1

B.A.B S.A.T.U

Seni itu suatu anugerah dari Ilahi. Dicampakkan kepada manusia untuk dinikmati dan dipelajari. Apa itu seni? Tentu saja seni itu suatu yang terlalu subjektif. Seni mungkin adalah suatu perasaan terdalam dalam diri manusia. Terkadang seni itu dikatakan sangat tinggi nilainya sehingga tidak terbeli dek wang ringgit.

Seni itu wujud dalam diri setiap insan. Kata Cikgu Hadi. “Walau pun satu titik yang kamu lakarkan di kanvas, itulah seni. Ambil pensel dan buat 1 titik. Ya..itu seni murid-murid!” Di manakah Cikgu Hadi kini? (sape tau tlg roger..)

pinnumber2

B.A.B D.U.A

Here, I would like to share part of my interests. I only knew William Shakespeare by the age of 16. Obviously, not really into literature that time. I learnt to understand what literature is. And by that time, I fall in love with Sonnet 18 (one of William Shakespeare’s sonnet). It’s beautiful, indeed!

At that very moment, I take out a piece of rough paper and a pencil. Jot down whatever I have in mind. Hahaha..my words are plain. I wish I could write poems or maybe a simple sonnet. But nothing came out. Maybe it’s just not the right time yet. Now, I have quite a few of my own collections of short poems.

pinnumber3

B.A.B T.I.G.A

I wonder where the idea of sonnet come from. A sonnet consists of fourteen-line lyrics poem. Sonnets originated in Italy and were introduce in England during the Tudor period by Sir Thomas Wyatt. One of my favourite sonnet is Sonnet 140 called Be wise as thou art cruel, do not press.

Sonnet 18 is the first sonnet I knew which it is one of my syllabus in literature component. The way William’s put every words in sentence captured my heart. It is beautifully structured and lovely to read. He made me fall towards something that known as art.

love1

L.O.V.E I.S A.N A.R.T

At the touch of love everyone becomes a poet.

titik itu

Examination = Peperiksaan!

Satu lumrah alam yang harus ditempuhi selagi  kata nama pelajar itu a.k.u miliki. Kata orang itu tanggungjawab. Maka, laksanakan ia sepenuh hati. Di kala a.k.u kecil, tidak sabar menanti saat bergelar mahasiswi universiti. Terasa perjalanan jauh untuk a.k.u nanti.
Kini, gelaran itu aku kecapi.
Alhamdulillah..doa a.k.u dimakbulkan. a.k.u panjatkan rasa kesyukuran itu kepada Yang Maha Mengasihi.
9 November 2009, Isnin.
Tercetak  kemas 5 soalan tulisan Times New Roman bersaiz 12. Membaca dengan penuh debaran. Soalan tidaklah begitu sukar tetapi aliran darah ini terasa hangat mengalir dalam kapilari. Menjawab selagi mampu. Namun, takdir menentukan segalanya. Cuai!!!!!!!
Stress…Tekanan…Kecewa…
study-stresssmall

In times of stress be bold and valiant.

Di saat akhir barulah hijab itu terbuka. Sungguh dugaan Tuhan itu tidak mengira masa. Tidak mengira tempat. Tidak mengira manusia. Kesalan itu datang tiada henti. Kesalan itu bersarang di hati. Kepada-Nya jua a.k.u kembali.

Muhasabah diri…

muslimah

All I have seen teaches me to trust the Creator for all I have not seen.

Kata seorang teman..

“Let bygone be bygone. Never let the emotion conquers you.”

Hari esok masih ada. Sinar itu pasti hadir walau seribu tahun menanti. Ia paasti tiba memancarkan cahaya. Kelak a.k.u kan di puncak jaya.

mountain_climbing1fly.

*I won’t give up. I won’t break down.*

pena pertama

journey

A journey of a thousand miles begin with a single step.

I arise in the morning torn between a desire to improve the world and to enjoy the world. This makes it hard to plan the day. I have a simple philosophy here. Full what is empty. Empty what is full. Scratch where it iches.

Bila mana kali pertama a.k.u menulis idea itu datang bagai air yang mengalir. Entah mengapa tika ini ilusi dan realiti itu seakan bersatu. Membuat a.k.u tergerak untuk mencurahkan apa yang terbit di minda. Di sini a.k.u menyimpul hasrat menjadikan blog ini antara “routine” yang harus a.k.u jalani. Hidup perlu ceria.

cat.19

A smile is the universal welcome.

a.k.u gadis biasa yang hanya mahu menulis tentang apa di hatinya. a.k.u gemar membaca karya kreatif karangan mereka yang gemar mengarang puisi, kata-kata indah, cerita pendek dan prosa.

Terima kasih buat sesiapa yang singgah di blog ini.

Next Newer Entries